Presiden MCA Wee Ka Siong terkilan dengan kenyataan Calon PH Karmaine Sardinia meminta pengundi bersyukur akan keadaan harga murah kelapa sawit.

Dia juga berkata, konteks dan maksud bersyukur itu tidak konsisten.

Wee diminta mengulas kenyataan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini berhubung penduduk kampung harus bersyukur dengan harga minyak kelapa sawit.

"Kita harus bersyukur sebagai orang Islam, tetapi apa yang penting adalah apa langkah yang kerajaan mahu buat untuk menyelesaikan masalah itu," katanya.