Seramai 1,513 nelayan di kawasan Johor Selatan termasuk Tanjung Piai akan menerima bantuan khas nelayan sebanyak RM1,000 bermula minggu depan, kata Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Katanya, pemberian bantuan khas yang dianggarkan bernilai lebih RM1.5 juta itu akan berikan secara berperingkat melalui tiga fasa.

"Kawasan yang terlibat (pemberian bantuan khas) termasuk di Gelang Patah dan Pulai (432 nelayan), Pasir Gudang, Johor Bahru dan Tebrau (537) serta Pontian dan Tanjung Piai (544 nelayan).

"Pembayaran akan dibuat secara tiga fasa bermula pada minggu hadapan tetapi tarikhnya akan dimaklumkan oleh Exco nanti dan biasanya kami akan bagi secara serahan tangan," katanya.

Dr Sahruddin dalam pada itu menafikan dakwaan bahawa bantuan yang diberikan sebagai 'gula-gula' sempena pilihan raya Tanjung Piai dan pemberian bantuan ini tidak tertangguh seperti yang dilaporkan kerana bantuan ini telah diberikan sejak tahun 2015.