Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kementerianya menyediakan bengkel latihan serta pelatih profesional kepada remaja basikal lajak bagi memastikan bakat mereka disalurkan ke arah sesuatu yang lebih bermanfaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan beberapa pihak supaya KBS membina litar khas supaya kanak-kanak dan remaja dapat menggunakannya untuk aktiviti basikal lajak secara selamat

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, bengkel latihan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti basikal lajak.

Namun dia menekankan isu keselamatan tidak boleh diabaikan.