Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan Naib Presiden Cambodia National Rescue Party (CNRP), Mu Sochua ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Beliau turut mengakui ada menerima permintaan daripada Kerajaan Kemboja untuk menghantar pulang Sochua, yang juga pemimpin parti pembangkang yang diharamkan di negara itu.

Bagaimanapun, Saifuddin menegaskan, sebarang keputusan Malaysia terhadap Sochua, akan dibuat tanpa terikat dengan desakan mana-mana pihak.

“Sochua kini berada di KLIA. Pegawai Imigresen hanya mahu mendapatkan keterangan daripadanya.

“Dia masuk ke negara ini menggunakan pasport Amerika Syarikat (AS) lewat malam tadi. Pihak Imigresen hanya mahu mengambil keterangannya. Mereka mungkin mahu tahu tujuan dia ke sini.

“Apa pun, pendirian Wisma Putra adalah kita tidak berada dalam posisi untuk menghantar pulang sesiapa, atau kita suka untuk berbuat demikian,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.