Itu tidak ada asas, dia (Lokman Adam) boleh dakwa tapi proses undang undang adalah bebas dan telus – dan orang boleh baca kes dan saya tidak mahu masuk campur selain menyatakan bahawa ada keputusan hakim untuk minta Najib bela diri.

“Ini proses undang undang masih berterusan, jadi saya rasa kita tidak perlu layan tuduhan melainkan mereka ada bukti yang kukuh"

Tuduhan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam yang mendakwa wujud campur tangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam keputusan Najib Razak adalah tidak berasas.

Ujarnya, peruntukan undang-undang di negara ini adalah bebas malah rakyat boleh membaca pertuduhan terhadap Najib.