Sebut sahaja parlimen, pastinya topik hangat dan hal rakyat sering menjadi perbualan. <br /><br />Namun berbeza pulak dengan segmen 'Komen Sikit YB' yang akan menampilkan seorang wakil rakyat bagi setiap episod untuk menceritakan serba sedikit kisah mengenai perihal mereka yang mungkin ramai tidak tahu. <br /><br />Pada hari ini, soalan spontan akan diajukan kepada Ahli Parlimen Port Dickson iaitu Presiden PKR, Anwar Ibrahim.