Kerjasama MCA dan PAS, Kdengan UMNO memainkan peranan sebagai orang tengah, yang dilihat semakin terjalin baru-baru ini adalah tidak ikhlas serta hipokrit dan hanya dilakukan untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata pemimpin pembangkang daripada MCA mahupun PAS sentiasa bertindak lain daripada apa yang dicakapkan terutama dalam isu kerjasama kedua-dua parti.

“Tidak ikhlas. Hipokrit. Di depan (orang Melayu) konon (mereka) pejuang Melayu, bila mai (datang) sini (Tanjung Piai) (sokong) bukan Melayu ...kira kepentingan untuk menang pilihan raya,” katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi sarapan pagi bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO) Tanjung Piai di Pontian, hari ini.