Hari ini adalah hari terakhir tempoh berkempen sebelum berlangsung pilihan raya kecil Tanjung Piai esok.

Pakatan Harapan akan bertarung habis-habisan di pusingan akhir pilihan raya kecil Tanjung Piai di Johor dalam cubaannya untuk mempertahankan kerusinya kali ini.

Meskipun demikian, ramai pengundi yang ditemui Malaysiakini dilihat masih berada “atas pagar”.

Bagaimanapun, BN dan MCA khususnya dilihat bimbang. Mereka dilihat kurang optimis mengenai peluang memenangi kerusi tersebut berbanding seminggu lalu.

Krew Kinitv Syazwana Amir cuba mendapatkan isi hati pengundi Tanjung Piai siapakah gerangan pilihan hati mereka dalam memilih wakil kali ini.