Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, hari ini berjalan lancar dan tiada situasi luar biasa membabitkan parti bertanding.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia berdasarkan laporan di lapangan meskipun terdapat insiden provokasi di beberapa tempat.

“Semangat semua pihak agak tinggi dan saya turun di sesetengah tempat ada yang melaungkan ‘Hidup PH’, ‘Sokong PH’ dan begitu juga di pihak pembangkang.

“Apa yang penting tidak ada (berlaku kejadian) luar biasa. Kalau lesu (tanpa provokasi) pun satu hal. Itu (provokasi) biasa dalam mana-mana pilihan raya,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu berikutan masing-masing mahu menunjukkan kehebatan termasuk semangat pekerja (jentera parti) masing-masing.

Katanya, beliau juga sudah mengingatkan jentera PH supaya tidak menimbulkan provokasi, namun boleh dilakukan untuk laungan calon.