YB Wee Jeck Seng mengambil sumpah jawatannya di dewan rakyat hari ini selepas memenangi pilihanraya Tanjung Piai sabtu lalu.

Namun menurut pengamatan Ahli Parlimen Subang Wong Chen kehadiran adalah rendah di pihak kerajaan dan hampir penuh di pihak pembangkang.

Melalui hantaran FBnya dia berkata

Wee mengangkat sumpah di hadapan Yang DiPertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof.

Wee pernah menyandang kerusi tersebut sebanyak dua penggal dari 2008 hingga 2018 sebelum dikalahkan pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14).

Kelmarin beliau kembali memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 15,086 undi mengalahkan lima calon lain, termasuk wakil PH, Karmaine Sardini.