Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching belum menerima laporan terperinci tentang 2 insiden pelajar sekolah digigit anjing liar di kawasan sekolah.

Baru-baru ini berlaku di Sabah di mana seorang murid perempuan Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Lipasu, di sini parah selepas digigit seekor anjing pada Jumaat lalu.

Dalam satu kejadian yang sama, seorang murid lelaki Sekolah Agama Rakyat, Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson turut mengalami situasi yang sama.

Satu perkongsian di laman Twitter daripada Cikgu Norzuliana, seorang tenaga pengajar di sekolah terbabit menyatakan bahawa kebanyakkan anjing di kawasan sekitar sekolah tersebut bersikap agresif dan garang.