Pengacara stesen TV Palestin TV turut serta menunjukkan solidariti menutup mata sebelah ekoran seorang wartawan dari Palestin hilang sebelah matanya selepas ditembak jarak dekat oleh tentera israel.

Moath Amarneh telah ditembak walaupun memakai jaket 'PRESS' ketika membuat liputan protes di Hebron Tebing Barat.

Kejadian itu berlaku pada hari Jumaat di dekat bandar Surif di Hebron, di mana berpuluh-puluh rakyat Palestin memprotes terhadap rampasan terbaru tanah untuk pembinaan penempatan Israel di wilayah yang diduduki.

Amarneh, yang menyaksikan bantahan itu, dikejarkan ke hospital di Hebron selepas mengalami kecederaan.

Doktor tidak dapat menyelamatkan mata kirinya.

Atas sebab itu, kempen menutup mata sebelah diadakan di media sosial seluruh dunia demi solidariti kepada seorang wartawan Moath Amarneh yang ditembak oleh tentera Israel walaupun dia memakai jaket 'Press'.