Surprise Me!

14 penyokong Indonesia, 27 Malaysia ditahan polis

2019-11-20 3 Dailymotion

Seramai 41 individu ditahan susulan kekecohan yang berlaku selepas aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

“Mereka yang ditahan adalah penyokong kedua-dua pasukan dan telah dibebaskan selepas proses dokumentasi dijalankan,” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan sedikit kekecohan berlaku sejurus selepas perlawanan berakhir apabila ada dalam kalangan penyokong kedua-dua pasukan membuat provokasi melampau antara satu sama lain di luar stadium.

Tinjauan Bernama di luar Stadium Nasional Bukit Jalil mendapati terdapat penyokong dari kedua-dua pihak saling membaling botol minuman serta kon, dan membakar mercun.

Keadaan itu berjaya diredakan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengambil tindakan pantas mengawal keadaan.

Penyokong Indonesia kemudiannya keluar dari stadium secara berperingkat dengan pengawasan polis.

Pada aksi malam tadi, Malaysia menewaskan Indonesia 2-0.

Buy Now on CodeCanyon