Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru di Taman Larkin Idaman di sini dibaling cat merah dan bangkai ayam dipercayai berlaku malam tadi.

Ahli Parlimennya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, perkara berkenaan mula disedari pihaknya apabila salah seorang kakitangan pusat khidmat itu mahu membuka premis berkenaan kira-kira jam 7.20 pagi hari ini.

Dia dimaklumkan oleh staf yang pusat khidmat telah disimbah cat merah selain diletakkan satu bangkai ayam di hadapan pintu masuk.

Tindakan itu turut disertakan dengan satu mesej ugutan kepada saya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akmal Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Akmal Nasir yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, susulan itu satu laporan dibuat di Balai Polis Johor Bahru Sentral sebagai langkah keselamatan.