Laporan akhir pasukan petugas Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dijangka akan dimuktamadkan untuk dibentangkan di Kabinet tahun ini, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Maszlee berkata pasukan petugas telah mendapat maklum balas pelbagai pihak - membabitkan 27 NGO, lima parti politik, 12 agensi kerajaan serta institusi pengajian tinggi - sebelum mebuat rumusan.

Dua siri 'town hall' turut dibuat bagi mendapatkan pandangan golongan muda serta anggota parlimen, katanya.

"Laporan akan disusun dengan lampiran, termasuk transkrip setiap pertemuan. Sehingga hari ini pasukan petugas berjaya menyiapkan transkrip untuk 38 daripada 48 rakaman yang ada.