Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong berkata, semua 222 ahli Parlimen diberikan masa sehingga 5 Dis ini untuk mengisytiharkan harta sendiri, pasangan dan anak dewasa mereka serta pemegang amanah dalam Akuan Berkanun.

Katanya, akuan itu perlu dikemukakan kepada speaker Dewan Rakyat dan salinannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beliau ketika membacakan usul yang diluluskan Dewan Rakyat, berkata ia sejajar prinsip akauntabiliti dan ketelusan.

Usul khas itu yang mewajibkan semua ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka diluluskan 1 Julai lalu.