Surprise Me!

Keluarga anak ramai dapat kelonggaran kerusi keselamatan

2019-11-28 693 Dailymotion

Kelonggaran peraturan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak - juga dikenali sebagai sistem pengendalian kanak-kanak atau CRS - dalam kenderaan akan diberikan kepada keluarga yang memiliki anak ramai, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Kamarudin Jaffar.

Beliau berkata, kerajaan sedar agak sukar bagi keluarga besar menggunakan CRS dalam kenderaan mereka kerana ia membabitkan kos yang tinggi.

"Berkaitan isu anak ramai dan tempat duduk yang mungkin tidak boleh memuatkan empat ke lima CRS kerusi keselamatan kanak-kanak, khususnya untuk keluarga yang besar, saya boleh katakan bahawa mereka diberikan pengecualian sekiranya di dalam sebuah kenderaan tersebut tidak membolehkan CRS dipasang.

"Jadi kelonggaran diberikan dalam pelaksanaan ini," katanya ketika sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyata hari ini bagi menjawab soalan Cha Kee Chin (PH- Rasah).

Buy Now on CodeCanyon