Pembangkang sebulat suara akan menolak Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada minggu depan.

Ketua Pembangkang Ismail Sabri berkata, BN, PAS dan GPS tidak bersetuju dengan hasrat kerajaan untuk menubuhkan IPCMC.

"Walaupun sesi town hall telah dijalankan oleh jawatankuasa khas untuk mengumpulkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dan orang awam, namun ia hanya kosmetik dan lakonan semata-mata," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata ini adalah kerana semua cadangan dan bantahan daripada pelbagai pihak termasuk wakil polis tidak diambil kira atau dimasukkan ke dalam cadangan daripada jawatankuasa itu.