Pengerusi AMK PKR dan timbalannya dari dilucut kedudukan mereka semata-mata kerana mereka telah melebihi had usia 35 tahun dan tidak lebih, kata Ketua Pemuda Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata ini adalah mematuhi perlembagaan parti yang memerlukan anggota sayap pemuda berada di bawah umur 35 tahun.

Semalam, setiausaha AMK, Ahmad SYukri Razak dalam suratnya memaklumkan kedua-duanya dilucutkan jawatan kerana ada keraguan yang timbul daripada pemilihan mereka.

Berdasarkan surat yang dilihat Malaysiakini, pengiraan secara manual mendapati mereka menerima jumlah undi yang lebih tinggi daripada jumlah perwakilan yang layak mengundi.

Isu berkenaan kelayakan umur mereka turut dibangkitkan dalam surat itu.

Ketika dihubungi, Ahmad Syukri mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa surat itu tulen.