Parti pembangkang khususnya Barisan Nasional (BN) bersorak “kita menang” selepas Putrajaya bertindak menarik balik Rang Undang-Undang (RUU) untuk membahaskan dan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) di Dewan Rakyat, hari ini.<br /><br />Keputusan itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong yang mencadangkan untuk bacaan ke-2 dan ke-3 RUU itu ditangguhkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang.<br /><br />“Saya mohon menangguhkan bacaan kali ke-2 dan ke-3 berkaitan RUU IPCMC seperti di nombor 2 dalam aturan mesyuarat hari ini, ke mesyuarat akan datang,” katanya yang kemudiannya disambut dengan sorakan pembangkang.
