Surprise Me!

Hampir 100 ribu pemandu e-hailing berjaya dapat lesen

2019-12-04 619 Dailymotion

Seramai 91,987 pemandu e-hailing berjaya mendapat lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) setakat 2 Disember lalu.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, sehingga tempoh sama juga, 42,818 calon gagal mendapatkan lesen itu.

“Namun begitu, saya ingin memberikan konteks bahawa walaupun ada 42,818 calon gagal tetapi angka ini adalah angka kumulatif dan kebanyakan mereka sudah pun mengambil peperiksaan semula dan sebahagiannya sudah lulus.

“Lesen PSV yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah bagi semua pemandu kenderaan perkhidmatan awam yang turut merangkumi teksi dan bas.

“Jumlah terkumpul lesen PSV yang masih aktif adalah 358,944 manakala jumlah PSV untuk pemandu teksi ialah 28,860 orang,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab persoalan dikemukakan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang mahu tahu mengenai bilangan pemandu e-hailing yang berjaya mendapat lesen PSV dan yang gagal.

Katanya, kewujudan kenderaan e-hailing dapat memberi peluang kepada penumpang untuk memilih perkhidmatan awam yang lebih cepat, murah dan efisien dalam menuju ke sesuatu destinasi.

Loke berkata, e-hailing juga dapat membuka peluang pekerjaan kepada semua golongan termasuk golongan orang kelainan upaya (OKU) dan pemandu wanita mengikut syarat ditetapkan.

“Pemandu juga boleh memilih untuk bekerja sebagai pemandu sepenuh masa atau menjadikan pemandu e-hailing ini sebagai pekerjaan sambilan untuk menambah pendapatan,” katanya.

Buy Now on CodeCanyon