Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee hari ini menafikan dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa parti itu sedang merekrut 100 cybertrooper baharu.
Tony Pua sebaliknya berkata, pihaknya hanya mencari kakitangan tambahan sebagai penulis media sosial, seramai tiga hingga lima orang sahaja.

“Malangnya DAP tak mampu nak rekrut 100 orang cybertrooper. Jumlah jawatan yang ingin kita ambil hanya lebih kurang 3 hingga 5 orang sahaja.

Gaji bukan masalah, yang salah ialah tuduhan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib kita nak rekrut 100 cybertrooper,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.