Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad mengingatkan perwakilan sayap itu agar tidak dibuai dengan kemenangan BN dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini, dalam membuat persedian berdepan PRU ke-15.

Dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Wanita Umno di PWTC hari ini, Noraini mengingatkan kemenangan besar BN di PRK Sungai Besar pada 2016, sebelum tersungkur dalam PRU ke-14 tahun lalu.

"Konsensus PRK dan PRU sangat berbeza. Mungkin kemenangan yang dikecapi bukan disebabkan kita kuat tetapi rakyat hanya mahu memberi peringatan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH). Kita harus berhati-hati, peka, dan sentiasa bersiap-sedia.

"Justeru, sewajarnya kita mengatur langkah awal, langkah yang hebat, dan langkah-langkah yang lebih mantap - supaya momentum sokongan tidak hilang menjelang PRU ke-15," katanya.