Anggota parlimen Nancy Shukri (GPS-Batang Sadong) diminta menarik balik kenyataannya yang menuduh Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengatakan orang Sarawak sebagai "pengemis tamak".

Nancy menyatakan perkara itu pada 14 Okt sebelum Lim menuntut beliau menarik balik kenyataannya.

Bekas menteri itu kemudian diberi peluang mengemukakan penjelasan bertulis untuk mempertahankan dirinya di pejabat Speaker.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof memutuskan kenyataan Anggota Parlimen Sarawak itu berniat jahat niat dan mengarahkan ia ditarik balik.

Perintah itu disampaikan oleh Timbalan Speaker, Nga Kor Ming dalam Dewan hari ini, yang mencetuskan pertikaman lidah.

Nancy, pada mulanya enggan patuh dengan arahan itu dan mengatakan hanya akan menarik balik ucapannya apabila Lim memohon maaf kepada rakyat Sarawak.

Nga membidas kembali dengan mengatakan "ini bukan pasar malam, boleh tawar-menawar".

Katanya, penjelasan Nancy juga tidak memberikan sebarang bukti yang diperlukan.

Nancy akhirnya mengalah.

"Saya setuju untuk tarik balik kerana saya terpaksa," katanya.