Badrul Hisham atau CheguBard menyifatkan kenyataan Setiausaha Politik kepada Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang mengaitkannya dengan tindakan bekas penyelidik Anwar Ibrahim Muhammed Yusuff Rawther, sebagai tindakan ‘kebudak-budakan’.<br /><br />Bagaimanapun, katanya, Farhash ada menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApp semalam bagi memohon maaf atas tuduhan terbabit.<br /><br />Bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin menafikan terbabit secara langsung dengan tindakan seorang individu yang mendakwa diperlakukan secara tidak senonoh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.