Kekecohan berlaku di luar dewan tempat berlangsungnya kongres Pemuda PKR hari ini, apabil bekas pengerusi tetap Mizan Adli Mohd Noor dan sejumlah ahli yang mengatakan mereka sebagai perwakilan, dilarang masuk.

Kekecohan bermula kira-kira pada jam lapan lagi apabila petugas keselamatan menghalang Mizan dan penyokongnya, dan kemudian menutup pintu dewan.

Situasi menjadi semakin tegang apabila kedua-dua pihak mula menjerit dan menolak satu sama lain.

Mizan yang berbaju Melayu hitam dilihat memberitahu pengawal keselamatan bahawa tindakan menghalangnya masuk adalah tidak adil.

Dia bagaimanapun berjaya masuk ke dewan selepas merempuh kerumuman di pintu dewan.

Bercakap dengan Malaysiakini kemudian, Mizan berkata dia dihalang kerana telah dilucutkan daripada jawatan pengerusi tetap.

"Mereka pecat dan tak beri saya masuk ke dalam dewan, ini tidak adil, tidak demokrasi.

"Hasil pertemuan presiden (Anwar Ibrahim) dan timbalan (Azmin Ali) sudah setuju untuk memilih (pengerusi tetap) yang baru. Jadi kenapa tak bagi saya masuk?" soalnya.

Sekretariat kongres kemudian menjelaskan kumpulan tersebut dilarang masuk kerana tiada pas yang sepatutnya. "Hanya perwakilan yang ada pas yang betul dibenarkan masuk.

ami akan meneruskan kemasukan setelah keadaan terkawal," kata anggota sekretariat di kumpulan Whatsapp bersama pemberita.