Kongres Nasional Tahunan Pemuda PKR (AMK) di Melaka hari ini dicemari dengan pergaduhan antara perwakilan parti yang hadir dengan "pemerhati" berbaju hitam yang dikatakan hadir tanpa pas.

Situasi tegang timbul sejak pukul lapan pagi di hadapan pintu masuk dewan apabila pemuda berbaju hitam, termasuk bekas pengerusi tetap kongres Mizan Adli Mohd Noor tidak dibenarkan masuk dewan.

Sekitar tengah hari, pergaduhan tercetus sekali lagi di dalam bangunan MITC, tempat kongres berlangsung, sebelum melarat ke luar dewan.

Sementara itu, beberapa pemuda berbaju hitam yang ditemu bual Malaysiakini tidak jelas dengan tujuan mereka menyertai perhimpunan berkenaan.

Salah seorang daripada mereka memaklumkan bahawa mereka datang dengan bas.

Ditanya tentang tujuan kehadirannya, Danial Iskandar, 21, sekadar berkata bahawa dia dimaklumkan ada 'reformasi'.

Danial juga percaya dia akan dibayar selepas kongres tiga hari itu selesai.

Seorang anggota PKR dilihat berdarah di hidung. Ada yang mendakwa kecederaan itu akibat ditumbuk, sementara dakwaan lain berkata ia akibat batu yang dilempar.