Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA mendukung semangat kebersamaan dan nilai-nilai sejagat yang ada dalam Muafakat Nasional.

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong pada masa sama optimis mana-mana kaum juga tidak akan menolak konsep berkenaan.

“Kalau Datuk Seri Zahid (Pengerusi BN) kata muafakat ini sebagai satu semangat bersifat inklusif, saya rasa mana-mana rakyat Malaysia yang berbilang kaum tidak akan menolak..jadi, apa yang kita rasa tak patut.

“Maksudnya ia ada sifat dan nilai-nilai sejagat, jadi kita mendukng nilai-nilai sejati ini,” katanya.

Ka Siong berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pada Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada Jumaat.

Menurut Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, selagi Muafakat Nasional mengamalkan sifat kesederhanaan dan mengambil kira pandangan dan menghormati kaum, beliau merasakan itu adalah nilai sejagat yang perlu disokong penuh.