Surprise Me!

MIC sokong RUU355, terima Muafakat Nasional

2019-12-06 2 Dailymotion

Presiden MIC, SA Vigneswaran hari ini berkata partinya akan menyokong Rang Undang-Undang 355 (RUU355) sekiranya ia dibentangkan semula di Dewan Rakyat.

"Kami bukan menentang RUU355. Kami cabar kerajaan (PH) untuk membawa balik (RUU berkenaan). Kami akan sokong. Saya akan sokong."

"Ia tidak salah melaksanakan RUU355. Ia kepada Islam, tidak kena mengena dengan bukan Islam," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Perhimpunan Agung Umno ke-73 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah MIC akan berdepan isu-isu melibatkan Islam dalam penubuhan Muafakat Nasional.

Sementara itu, Vigneswaran berkata MIC bersetuju dengan cadangan Pemuda Umno supaya Muafakat Nasional diinstitusikan.

"MIC bersetuju, kerana muafakat nasihat diwujudkan selepas Tok Guru (Presiden PAS Abdul Hadi Awang) melawat MIC.

"Jadi, memang kita nak kerjasama."

Buy Now on CodeCanyon