Kecewa dengan isu susu pisang, Neelofa menganggap hal itu berpunca daripada sikap sesetengah orang Melayu yang didakwanya mahu menjatuhkan bangsa sendiri.

Pengacara dan pelakon itu berkata, dirinya yang julung kali berkecimpung dalam perniagaan berasaskan makanan dan minuman (F&B) wajar diberi peluang menapak terlebih dahulu dan bukannya dikecam tanpa usul periksa.

"Bangsa lain semua (mungkin) tengah tepuk tangan sebab anak Melayu nak berniaga tapi kita sesama bangsa (sebaliknya) menjatuhkan dan tutup peluang.

"Saya rasa banyak lagi produk di luar yang tak menepati piawaian tapi hanya kerana saya ada nama dalam industri dibuat begini.

-Siaran tertangguh-