Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata adalah tidak munasabah bagi mereka terus berada dalam dewan kongres berkenaan untuk mendengar kenyataan berbentuk provokatif.

Ditanya sama ada mereka akan memboikot kongres itu esok, Azmin menjawab:

"Kami tak boikot atau keluar, tetapi tak munasabah untuk kami duduk di sana dan mendengar serangan provokatif kerana ini akan menyebabkan ketegangan."

Azmin menambah beliau bagaimanapun bukan mengeluarkan kata dua kepada Anwar.

"Dia masih ketua saya, presiden saya. Itulah sebabnya saya perlu berunding dan bercakap dengan dia, yang saya lakukan dan saya akan terus berbuat demikian, jadi tidak ada masalah, "katanya semalam.