Selepas menyampaikan ucapan kepada penyokongnya malam tadi, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau bersedia berbincang dengan Presiden parti, Anwar Ibrahim, bagi menyelesaikan krisis yang berlaku antara mereka.

Beliau menyatakan kesediaan tersebut selepas menyampaikan amanat lebih 40 minit kepada penyokong pada majlis makan malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di sebuah hotel di sini.

“Saya bersedia (jika diajak berbincang oleh Anwar). Saya ajak semua pimpinan dapat sama-sama dalam usaha satu padukan parti.

“Saya seru semua pemimpin dan ahli untuk ke depan menyatukan parti. Sekiranya ada usaha, saya bersedia untuk bersama-sama (pemimpin lain).

“Pengalaman yang kita lalui selama setahun ini amat pahit untuk kita semua,” katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan majlis.