Surprise Me!

Penjualan saham Petronas ada dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 - Menteri Kewangan

2019-12-12 1,475 Dailymotion

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pengumuman kerajaan untuk pertimbangkan penjualan saham dalam Petronas ada dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Kenyataan ini ada kaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963.

"Ia mungkin disalah tafsirkan. Saya rasa kita lihat dalam konteks itu. Ada dalam itu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menjual saham dalam Petronas kepada negeri-negeri yang mempunyai loji syarikat minyak dan gas itu berada.

Jelas beliau, cadangan itu dibuat dalam usaha mencari dana bagi kerajaan yang kini dibebani oleh hutang yang tinggi.

Langkah sedemikian boleh memberi peluang kepada negeri seperti Sabah dan Sarawak kuasa dalam pengurusan Petronas yang merupakan pengeksport gas asli cecair ketiga terbesar di dunia.

Buy Now on CodeCanyon