Pengerusi Otai Reformis Dr Idris Ahmad berkata Presiden PKR, Anwar Ibrahim mempunyai sifat yang sangat pemaaf.

Namun katanya, dia mahu berjumpa Anwar untuk menyatakan janganlah menjadi terlalu pemaaf.

"Beliau sangat pemaaf.

"Otai mahu jumpa DS Anwar Ibrahim, tolonglah tegaskan sikit tindakan. Jangan jadi sangat pemaaf," katanya semasa sidang media, semalam.

Semalam, kumpulan veteran gerakan reformasi 1998 Otai Reformis menyerahkan memorandum kepada PKR bagi mendesak tindakan diambil terhadap Timbalan Presiden Azmin Ali dan pasukannya.

Memorandum itu diserahkan kepada wakil Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.