Surprise Me!

Konflik jika gagal hormati kepelbagaian agama

2019-12-13 840 Dailymotion

Negara yang tidak menghormati kepelbagaian agama dan kebebasan mengamalkan kepercayaan mengikut tradisi masing-masing bakal berdepan konflik.

Berbekalkan pengalaman, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, berkata risiko sedemikian berupaya mencetuskan polemik berpanjangan yang akhirnya mengundang kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Bagaimanapun, tekad mana-mana negara untuk menghormati kepelbagaian agama dan memperjuang kebebasan mengamalkan kepercayaan masing-masing kadang kala berdepan konflik.

“Contohnya, memang kita perlu hormati agama orang lain, tetapi bagaimana pula apabila agama itu menitipkan pendirian bahawa wanita tidak mempunyai hak setaraf lelaki?

“Jadi, ia menimbulkan konflik yang perlu dirungkai menerusi pendekatan bijak oleh pemimpin kerana salah percaturan bakal mengundang polemik berpanjangan dan menyebabkan golongan wanita terus tercicir daripada arus kemodenan.

“Oleh itu, kadang kala kita perlu ambil jalan tengah dan mencari titik persamaan yang berupaya menghasilkan penyelesaian menang-menang,” katanya pada program Kepemimpinan Yayasan Obama: Asia Pasifik 2019, di sini, hari ini.

Buy Now on CodeCanyon