Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Anuar Tahir kini kembali sihat sepenuhnya.

Kenyataan itu dimaklumkan oleh isteri beliau - Datin Azizah Che Mat kepada pihak media di Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Temerloh.

Datuk Anuar Tahir kini menunjukkan perkembangan positif selepas dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 29 november lalu.

Ahli Parlimen Temerloh itu kini sedang menjalani fisioterapi bagi memastikan dirinya kembali pulih, untuk menyambung khidmat kepada rakyat Temerloh.

Sebelum ini,Datuk Mohd Anuar dimasukkan ke HKL pada 26 Oktober lalu akibat minor strok setelah dilaporkan pengsan di pejabatnya di Kuala Lumpur.