Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad melahirkan rasa kecewa dan dukacita dengan masalah vandalisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ini berikutan sikap segelintir rakyat yang tidak bertanggungjawab dan melakukan kerosakan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur sebaik sahaja beberapa jam ia dibuka semula semalam.

“Itu satu perkara yang cukup mendukacitakan dan rasa kecewalah, bila kita baru saja buka, ramai yang beri pujian tetapi malangnya ada juga golongan yang bangga dengan merosakan harta awam.

“Jadi, kita harap masyarakat kita boleh lepaskan diri mereka daripada keinginan kononnya mahu meninggalkan tandanya di satu-satu tempat dan merasa bangga dengan usaha sebegitu,” katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.