Datuk Seri Jamal Yunos membatalkan hasratnya untuk menghalang proses penjualan bangunan UMNO Selangor hari ini.

Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar itu berkata, tindakan itu diputuskan selepas mengadakan perbincangan dengan pemimpin kanan parti di negeri itu, Tan Sri Noh Omar.

“Ini kerana Tan Sri Noh mencadangkan untuk mendesak pihak pengurusan memanggil mesyuarat bersama ketua-ketua bahagian dan ia (cadangan menjual bangunan UMNO) itu dibawa dalam mesyuarat pengurusan,” katanya dalam satu kenyataan audio semalam.

Menurut Jamal, ia dilakukan demi kebaikan dan perpaduan parti.

Bagaimanapun, beliau berharap mesyuarat parti berkenaan perlu dilakukan dengan kehadirannya.

“Saya harap masa mesyuarat bukan dibuat sama dengan tarikh perbicaraan kes saya diadakan,” katanya lagi.

Kelmarin, Jamal menyatakan akan melakukan tindakan kaveat ke atas cadangan pihak UMNO Selangor yang mahu menjual bangunan milik parti itu.

Tindakan menjual premis di Shah Alam itu dibuat bagi menjana sumber kewangan parti ekoran akaun parti dibekukan.