Bekas penyelidik PKR, Muhammad Yusoff Rawther dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini dipercayai untuk menjalani ujian poligraf.

Dia yang ditemani peguamnya, Hanif Khatri tiba di Bukit Aman pada 2.50 petang dengan menaiki sebuah kereta warna hitam.

Semalam, dilaporkan Muhammad Yusoff bersedia untuk menjalani ujian poligraf berhubung kes dakwaan perlakuan tidak senonoh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Sebelum ini, media melaporkan ujian poligraf antara pilihan yang dipertimbangkan pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan kes dakwaan Muhammed Yusoff terhadap Anwar.

Pada 9 Disember lalu, Muhammed Yusoff ditemani Hanif hadir memberi keterangan di Bukit Aman lebih tujuh jam susulan akuan bersumpahnya sebelum itu.

Keesokan harinya, dia hadir buat kali kedua untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) yang mengendalikan kes itu.

Anwar pula hadir ke Bukit Aman pada Khamis lalu bagi memberikan keterangan.