Najib Razak turut berharap polis menjalankan siasatan semula kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, selepas seorang bekas polis mengaitkannya dengan ahli parlimen Pekan itu.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, mendakwa Azilah Hadri - yang kini menjadi banduan akhir kerana sudah dihukum mati - digunakan oleh pihak tertentu untuk memenjarakan bekas perdana menteri terbabit.

"Saya harap mereka (polis) akan menyiasatnya semula. Anak guam saya (Najib) mahu mereka menjalankan siasatan.

"Kami mahu tahu siapa yang meletakkan Azilah dalam sumpah bohong ini? Siapa di belakang perakuan sumpah bohong ini?" katanya kepada media di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini.