Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5sen seunit dengan bonus 0.5sen bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun 2019.

Pengerusi PNB Zeti Akhtar Aziz berkata ia akan melibatkan pembayaran sebanyak RM9 bilion kepada 10 juta pemegang unit.

“(Kita) puas hati kerana situasi sangat mencabar,” beliau dipetik sebagai berkata ketika menjawab soalan.

Pulangan yang diumumkan hari ini menjadi angka terendah baru sejak semenjak penubuhannya padanya pada 1990.

Tahun lepas Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 6.5sen dan bonus 0.5 sen seunit ASB untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember.