Ekonomi negara Islam boleh dibangunkan menerusi penguasaan Ilmu, kemahiran serta penguasaan teknologi baharu.

Jelas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohd Azmin Ali, perkara itu penting untuk memastikan negara-negara Islam tidak ketinggalan.

Beliau juga menyambut baik cadangan untuk mewujudkan ekonomi digital dalam kalangan negara negara Islam.

Beliau ditemui pemberita pada Persidangan Meja Bulat sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019.

Datuk Seri Azmin menyifatkan persidangan itu amat signifikan dalam mengenal pasti isu isu besar yang dihadapi negara Islam.

Satu jawatankuasa akan dibentuk untuk mengambil tindakan susulan terhadap isu isu berbangkit.