Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menolak tanggapan bahawa terdapat kempen dalam kalangan ahli PKR untuk menggesa presiden parti mereka segera menjadi perdana menteri.<br /><br />Kata Farhash, beliau tidak faham mengapa Naib Presiden PKR Tian Chua membangkitkan isu peralihan kuasa di antara Anwar dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerana menurutnya ia sudah selesai.