Ujian poligraf yang dijalankan terhadap bekas penyelidik PKR, Muhammad Yusoff Rawther sekadar membantu meyakinkan polis dalam proses siasatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, ujian poligraf tidak diterima dalam proses mahkamah sebagai bukti.

“Ujian ini hanya digunakan pasukan siasatan untuk membantu meyakinkan penyiasat sama ada individu berkenaan bercakap benar atau tidak.

“Jadi kalau kita dapati bahawa dia bercakap benar kita akan gandakan lagi usaha kita untuk mengenalpasti aspek mana yang kita lemah dan tidak ada bukti.