Surprise Me!

Isu Jawi: Dengarlah suara kami - Siti Kasim

2019-12-23 4 Dailymotion

Aktivis Siti Kasim menggesa ahli politik turun padang bagi mendengar suara rakyat.

Gesaan itu dibuat selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa penganjuran Kongres Organisasi Cina oleh kumpulan pendidikan Cina (Dong Jiao Zong) akan membawa kepada kekacauan.

“Apa yang kita buat adalah hak demokratik dalam undang-undang. Tidak harus ada ketakutan pada apa pun.

“Perdana menteri kita tunduk pada suara-suara yang negatif ini. Ahli politik boleh kata apa saja, tetapi kita tidak boleh ubah negara ini dengan bergantung pada ahli politik.

“Jika ahli politik tidak boleh lihat apa yang kita lihat, datanglah ke acara kami, dengar kata kami. Kadangkala mereka harus turun padang,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Siti antara aktivis yang mendukung Gabungan Seni Khat Action Team (Sekat) yang hari ini mengumumkan akan mengadakan kongres berasingan bagi menentang pengenalan pendidikan Jawi bagi sekolah CIna dan India.

Kongres Dong Jiao Zong dirancang pada 28 Disember ini di Kajang, Selangor.

Buy Now on CodeCanyon