Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador menggesa kerajaan supaya memperuntukkan dana bagi membina stesen komuter berhampiran Menara 2 Bukit Aman di sepanjang laluan keretapi Tanjung Malim dan Senawang.

Beliau berkata stesen baru itu akan memberi manfaat kepada 3,000 kakitangan polis, serta sekitarnya termasuk Jabatan Perangkaan dan Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur.

Selain itu, beliau berkata stesen komuter baru juga akan memberi manfaat kepada orang ramai yang datang ke Bukit Aman.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri telah bersetuju dengan permintaan PDRM, manakala Menteri Pengangkutan Anthony Loke bersetuju secara prinsip juga bersetuju dengan cadangan pembinaan stesen komuter yang baru.

Abdul Hamid berharap Kementerian Kewangan dapat menyediakan peruntukan kecemasan untuk projek-projek ini.

"Saya mahu ia diluluskan, saya memohon kerajaan untuk meluluskannya," katanya.