Surprise Me!

Rombakan kabinet: Kenapa perlu risau? Prestasi saya dekat 100%

2020-01-03 1,426 Dailymotion

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi berkata beliau tidak risau dengan kemungkinan berlakunya rombakan kabinet.

Ditanya pemberita berkaitan prestasinya yang dikatakan “buruk”, Mohamaddin berpendapat sebaliknya.

“Tahun lepas saya tak tahu.

“Yang saya tahu saya punya prestasi itu dekat 100 peratus,” katanya menjawab soalan pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Mohamaddin merujuk kepada pencapaian indeks prestasi utama (KPI) untuk separuh pertama tahun lalu, menurut seorang pegawainya yang bercakap kepada media selepas itu.

Semalam, Menteri Pendidikan Maszlee Malik meletakkan jawatan selepas bertemu Perdana Menteri Mahathir Mohamad di Putrajaya.

Buy Now on CodeCanyon