Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berkata gabungan Muafakat Nasional dilihat berpotensi kuat untuk menang PRK Kimanis pada 18 Jan ini.

"Potensi kuat. Lihat pada peratus mengundi (lalu), memihak kepada Umno.

"Jadi apa yang berlaku itu, akan memihak pada Umno lagi.

Katanya dalam satu video temubual yang dimuatnaik di media sosial.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kimanis pada 18 Jan ini manakala penamaan calon pada 4 Jan dan pengundian awal pada 14 Jan.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 1 Dis mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan Anifah bagi kerusi itu.