Ratusan penyokong Warisan berkumpul di Beaufort pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kimanis, hari ini.

Pemimpin Warisan dan Pakatan Harapan berkumpul di Kompleks Sukan Beaufort, kira-kira 600 meter dari pusat penamaan calon.

Pemimpin Warisan dan kira-kira 400 penyokong berpakaian putih dan mengibarkan bendera Warisan menunggu untuk berarak ke pusat penamaan calon.

Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal akan mengiringi calon Warisan, Karim Bujang, 67 ke pusat penamaan calon.

Turut kelihatan ialah Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Saifuddin Abdullah, Presiden Bersatu dan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung, Warisan Loretto Padua.

Pilihan raya kecil ini diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember tahun lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan Anifah Aman di kerusi itu pada pilihan raya umum 2018.