Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Dr Maszlee Malik menjalankan tugas dengan baik sebagai menteri pendidikan selama memegang jawatan itu.

Syed Saddiq yang juga ketua Pemuda Bersatu juga percaya Maszlee mempunyai niat baik ketika memegang portfolio kementerian berkenaan.

"Secara peribadi saya fikir Maszlee adalah sahabat yang baik dan seperti abang kepada saya.

"Saya mempunyai hubungan kerja yang sangat baik dengannya dan saya harapkan yang terbaik untuknya," katanya kepada media selepas melancarkan jentera pemilihan Pakatan Harapan di Bongawan, Kimanis semalam.

Selain Syed Saddiq, beberapa menteri PH turut memuji pencapaian Maszlee selama 20 bulan menerajui Kementerian Pendidikan.

"Dia telah berkhidmat untuk negara ini dengan baik dan saya tahu walaupun terdapat pergolakan yang dia hadapi, niatnya baik.